MAJLIS PENGHUNI DESASISWA LEMBARAN

BLOG RASMI MPDL

Wednesday, October 14, 2009

Kem MPD di Bukit Merah

Pada 4 Oktober 2009,Majlis Penghuni Desasiswa USM telah mengadakan satu kem yang melibatkan semua sekretariat desasiswa di kampus induk dan kejuruteraan.kem ini dikelolakan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Jaya dengan kerjasama dari desasiswa-desasiswa yang lain. program ini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 malam. bengkel ini mengandungi beberapa ceramah dan latihan dalam kumpulan (LDK) yang mengajar para sekretariat MPD USM untuk membuat kertas kerja,surat dan bajet dengan betul.Di samping itu,para sekretariat juga diajar cara untuk mengendalikan program dengan lebih efektif. Setiap LDK dibahagikan kepada ahli MPD yang berlainan dan seterusnya setiap kumpulan perlu menginovasikan satu program dan aplikasikan ilmu yang telah diberi dengan menghasilkan kertas kerja,surat dan juga bajet. kami mengharapkan semua MPD dapat meningkatkan lagi mutu kerja setelah mengikuti bengkel ini.

No comments:

Post a Comment