MAJLIS PENGHUNI DESASISWA LEMBARAN

BLOG RASMI MPDL

Monday, March 2, 2009

Mesra Alam : MPDL berkhidmat seharian di Zoo Taiping

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua...

Bersamaan dengan 7 February 2009 yang lepas, warga MPDL seramai 38 orang dengan jayanya telah menjejakkan kaki di Zoo Taiping demi khidmat mereka yang diperlukan pada hari tersebut.

Warga MPDL yang pada mulanya excited kerana mengingatkan dapatlah kasi makan unta @ gajah, bertukar wajah setelah aktiviti yang disangka itu cuma angan-angan Mat Jenin atas sebab-sebab tertentu dari pihak Zoo. Antara aktiviti khidmat masyarakat yang dilakukan oleh kanak-kanak riang ini d Zoo Taiping adalah gotong royong sukarelawan membersihkan sekitar kawasan zoo di bawah selia kakitangan Zoo Taiping.

Namun, segala penat lelah dibayar ngan keikhlasan setiap peserta sukarelawan ini, sekaligus memberi ruang baru untuk warga MPDL & USM menaburkan bakti mereka bukan sahaja d depan buku, tapi d Zoo pun boleh.

Tahniah diucapkan kepada sukarelawan-sukarelawan yang bertungkus-lumus membersihkan kawasan sekitar Zoo. Segala penat lelah dibayar dengan 1 pusingan menaiki trem keliling Zoo & juga sesi bergambar bersama Ular..


Sekian dari Ruang Lapor Zoo Taiping.

Berikut merupakan gambar-gambar kenangan sepanjang aktiviti di Zoo Taiping


No comments:

Post a Comment

Jumlah Pelawat